RESEPI KEK COKLAT MOIST SEDAP




Hai semua bulan ramadhan ni terasa nak makan kek la tapi tak pandai nak buat.Bila buat asyik tak jadi jer,okey jangan risau hari ni saya nak share Resepi kek coklat dari ticer Azlina Ina.

Saya dah buat hasilnya tak mengecewakan sedap dan gebu.




Resepi Kek Coklat Moist Kukus Lemak Berkrim Azlina Ina Sukatan Cawan 

Bahan - Bahan A
5 biji Telur gred  B
1cawan gula halus
1 sudu besar ovalette
1sudu kecil esen vanila
1 sudu besar emolco coklat

Bahan - Bahan B 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan santan pekat
1 cawan butter yang telah dicairkan

Bahan - Bahan C
2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Sedikit garam halus

Kesemua bahan diayak kecuali garam

Bahan D
1/2 cawan air panas

Cara - Cara 
1. Dengan menggunakan mixer, putar ke semua bahan A hingga gebu.
2. Kemudian, masukkan Bahan B dan putar dengan speed perlahan sampai sebati.
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak kedalam adunan Bahan A.
4. Putar hingga sebati dan masukkan Bahan D. Gaul lagi hingga sebati.
5. Panaskan kukusan hingga air mendidih.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang bulat 9" yang telah disapu minyak dan dialas dengan baking paper.
7. Kukus dengan api besar sehingga masak.
8. Kukus dalam masa 40 - 45 minit. Dah siap masak boleh keluarkan dari kukusan.
9. Biarkan sekejap sebelum sisip tepi loyang dan terbalikkan untuk sejukkan atas redai

Topping Kek Coklat Moist Sedap Azlina Ina
Untuk buat topping kek coklat moist mudah, senang sahaja. Walaupun pelbagai cara dan bahan yang dimasukkan, rasanya untuk topping coklat ini dah habis mudah dan jimat banyak.

Bahan - Bahan 
2 sudu makan pengilat coklat ( boleh dapat di kedai bakeri )
1 blok coklat masakan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar butter

Cara - Cara 
1. Masak ke semua bahan secara double boiler
2. Nampak ke semua bahan dah cair dan sebati, tutup api dan tunggu suam sikit, baru boleh tuangkan atas kek

Sumber : Azlina Ina Fans
JOM KLIK


Boleh cuba buat, dah ramai yang cuba dan saya pun dah cuba.Semoga sentiasa murah rezeki buat Puan Azlina Ina yang tak jemu berkongsi resepi kek yang sedap dan mudah.




Catat Ulasan

0 Ulasan