Banyak faktor dan punca yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Punca-punca tersebut adalah:
- Keturunan(Genetik). Ahli keluarga yang mempunyai masalah jerawat akan meningkat risiko ahli keluarga yang lain untuk menghadapi masalah yang sama.
- Ketika mana akil baligh, kalenjar sebum akan menjadi aktif menghasilkan sebum yang lebih dan ini menyebabkan masalah jerawat lebih mudah berlaku.
- Jangkitan kuman pada kawasan liang roma. Kuman yang kerap menyebabkan jangkitan di kawasan ini adalah Propionibacterium acnes
- Terdapat kosmetik yang disediakan menggunakan sediaan minyak. Kosmetik jenis ini akan lebih mudah untuk menyebabkan sumbatan pada liang roma.
- Penggunaan steroid boleh merangsang penghasilan sebum secara berlebihan pada kalenjar sebum.
- Terdapat segolongan kaum wanita yang akan menghadapi masalah jerawat yang teruk ketika mana mereka mengandung.
Genetik sangat memainkan peranan yang penting kerana ada sesetengah individu yang sangat sensitif dengan perubahan hormon dalam badan. Ia akan menyebabkan kalenjar sebum menghasilkan sebum dengan lebih banyak terutamanya ketika seseorang itu mencapai akil baligh.
Kemudian bakteria Propionibacterium acnes pula akan berperanan untuk menyebabkan peningkatan keratin di liang roma tersebut hingga menyebabkan masalah jerawat muka ini berlaku.
Apakah jenis jerawat yang ada?
Dua jenis jerawat yang perlu diketahui adalah:
- Komedo terbuka(open comedo) dan ia dikenali sebagai ‘black head‘. Seperti namanya iaitu black head merujuk kepada warna jerawat tersebut iaitu berwarna hitam. Warna hitam ini terjadi disebabkan liang roma terbuka menyebabkan kandungan sebum terdedah kepada udara dan kekotoran. Ini akan menyebabkan sebum yang terdedah itu menjadi warna hitam
- Komedo tertutup(closed comedo) juga dikenali sebagai ‘White head‘. Dalam masalah ini, liang roma jerawat tersebut masih tertutup dan melindungi sebum di dalamnya. Oleh itu, jerawat tersebut akan kelihatan berwarna putih.
Apakah yang akan berlaku pada mereka yang menghadapi jerawat muka?
Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah ini selalunya akan baik dengan sendirinya ketika mereka menjejak dewasa.
Jerawat yang teruk dan tidak terkawal pula boleh menyebabkan penampilan seseorang itu tidak baik. Ini boleh memberi kesan kepada psikososial dan juga mental mereka kerana rupa paras fizikal yang tidak elok.
Apakah cara untuk mengelakkan masalah ini?
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk mengurangkan jerawat. Ia adalah:
1. Mencuci muka setiap hari
Anda dinasihatkan untuk mencuci muka setiap hari terutamanya selepas berada dibawah matahari ataupun berpeluh. Ini kerana sebum banyak terhasil pada ketika itu.
Tetapi dinasihati juga untuk tidak terlalu kerap membasuh muka kerana ia boleh menyebabkan kulit muka menjadi terlalu kering
2. Gunakan pencuci muka yang tidak mempunyai sabun berserta pH 5.5
Pecuci muka jenis ini dapat mengelakkan kulit muka menjadi terlalu kering
3. Elakkan kosmetik yang berasaskan minyak
Kosmetik yang berasaskan minyak boleh menyebabkan sumbatan pada liang roma jesteru meningkatkan kemungkinan untuk berlakunya jerawat. Oleh itu, elakkan kosmetik jenis ini terlebih dahulu
4. Air kosong
Minum air kosong yang mencukupi agar kulit sentiasa lembab.
SUMBE : The Diagnosa
0 Ulasan